Kerajaan Lantik DS Zahid Hamidi Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara

Hanya nama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sahaja sedang dipertimbangkan kerajaan Pakatan Harapan untuk dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Liew Vui Keong memaklumkan lantikan Pengerusi PAC dari kalangan pembangkang adalah salah satu janji Pakatan Harapan.

Bagaimanapun, lantikan itu perlu mendapat persetujuan Presiden UMNO itu sendiri.
“Buat masa ini hanya seorang pembangkang saja dicadangkan untuk jadi Ketua PAC, hanya nama Ahmad Zahid.

“Saya rasa ini satu janji Pakatan Harapan, kena tanyalah sama ada beliau (Zahid) nak jadi Ketua PAC atau tidak. Kalau Zahid tidak mahu, sia-sia saja,” katanya ketika sidang media di lobi Parlimen di sini hari ini.

Menurutnya, cadangan itu dikemukakan oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Nga Kor Ming kerana ia terkandung dalam manifesto Pakatan Harapan.

“Bagaimanapun, kita harus selesaikan lantikan ini dalam sidang Dewan Rakyat sesi ini juga.
“Kita akan ada mesyuarat dengan pihak Parlimen,” jelasnya.

Semalam, Kor Ming menggambarkan Ahmad Zahid akan dilantik sebagai Pengerusi PAC sebagai pelunasan manifesto tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *